Khamis, 20 Disember 2012

redha dan pasrah

Assalamualaikum . .

Apa yang que cadangkan hanya Allah SWT yg akan menentukan.. begitulah apa yang terjadi dengan ayahku 18/12/12 hari selasa yang lalu , jam 8 malam.. ayahku ditimpa kemalangan semasa perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja Petronas Ammonia.

akibat kemalangan itu, ayahku patah pergelangan tangan dan sudah disemen , selain itu, ayahku juga mengalami retakan di bahagian tulang pinggang, dan juga bahu blikat . . muka ayahku jugak banyak juga jahitan diperlukan . gigi ada patah 1. nasib baik ayahku salah seorang penunggang berhemah, memakai topi keledar setiap masa, tak kira dekat ataupun jauh.

Ayahku accident sendiri akibat melanggar pasir batu yang melimpah ke bahu jalan, laluan utama penunggang motosikal seperti aku dan ayahku . . tanda2 seperti AWAS , kon , atau lampu, tidak diletakkan sebagai tanda amaran bahaya di bahu jalan itu telah menyebabkan ayahku tidak mengetahui, jalan yang dilalui hari2 ada timbunan pasir batu.

Sebelum ayahku, que sendiri dah melalui jalan itu, dan que sendiri hampir accident di situ. kalau que tahu perkara ini akan berlaku, que relakan diriku sendiri berada di tempat ayahku. Salah que juga sebab tidak mengkhabarkan keadaan jalan yang tidak elok disitu kepada ayahku. Andai itu takdirnya, aku terima dengan hati terbuka..

que doakan semoga ayahku cepat sembuh . .amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan